Assalamualaikum..
Hai pembaca..hehe..hari ini..Wan nak bicara pasal topik yang
menarik..Ha, mesti korang nak tahu kan? hehe..Sebelum tu Wan nak tanya, sebelah
kanan kita malaikat apa?dan sebelah kiri lak malaikat apa?..Korang mesti dah
tahu kan,.Walau apa-pun Wan nak gtau gak..malaikat sebelah kanan kita ialah
Atid namanya.Sedapkan namanya..hehe..malaikat Atid ni, mencatat perkara baik
yang kita lakukan..Manakala Raqib pula berada di sebelah kiri kita yang
bertugas untuk mencatat perkara jahat yang kita lakukan..Kedua-dua malaikat ini
tidak terlepas pon dalam melakukan tugas mereka..Kalau kita la kan, mesti kita
nak rehat sekejap semasa bekerja kan..Tetapi apakan daya, kita hanyalah manusia
biasa jika dibandingkan dengan malaikat..Ha, mari lah kita ke topik yang nak
dibicarakan tu..Topik hari ini adalah mengenai "Kiri dan Kanan Kita Ada
Yang Mencatat"..Menarik kan tajuk ni?..haha
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan
(yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka
apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu
menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan
sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya,
berkatalah Malaikat yang di sebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia
menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari
perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta
ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
Subhanallah..cuba kita tengok..baik tak Allah terhadap
kita..?..
Allah memerintahkan supaya malaikat Raqib untuk menunggu
selama 6 hingga 7 jam untuk mencatat amalan jahat kita..maknanya Dia (Allah)
menyuruh kita untuk bertaubat atas dosa yang kita lakukan..Dia memberi masa
untuk kita bertaubat..hmm..MasyaAllah..
Disebabkan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T
terhadap hamba-Nya maka setiap satu kebaikan ditulis oleh malaikat dengan
sepuluh kebajikan. Sebaliknya bagi setiap amal yang jahat ditulis dengan satu
kejahatan sahaja. Setiap kejahatan tidak terus dicatat dosanya melainkan
setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam (dengan arahan malaikat yang di
sebelah kanan). Sekiranya manusia itu beristighfar dan sempat bertaubat dalam
tempoh waktu tersebut maka kejahatan itu tidak akan ditulis dalam daftar
amalnya.
Jadi, wajarlah kita muhasabah diri kita..
Ok my frenz..
Nanti Wan bawa tajuk lain pula yer..
InsyaAllah lau dapat idea untuk menulis..hehe.. :D
No comments:
Post a Comment